Salam everyone!
Nurul nak story pengalaman Nurul memohon pengurangan pembayaran semula pinjaman MARA. Panjang na tajuk..hehe. Ceritanya pun panjang walaupun dah diringkaskan...
Background + Kronologi ringkas supaya mudah paham keadaan Nurul
- SPM 2010
- Mohon pembiayaan MARA bawah program Trek Pantas (Fast Track) Perakaunan di UiTM guna result percubaan (Diploma + Ijazah)
- Diploma Perakaunan 2 tahun (Dis 2010 - Dis 2012) - konvo Mei 2013 (xde kaitan dlm cter ni)
- Ijazah Perakaunan 2.5 tahun (Mac 2013 - Julai 2015)
- Konvo Ijazah Mei 2016 (dapat official transkrip + certificate time ni la)
My ingatan before this pasal pembiayaan yang Nurul dapat from MARA
- Seingat Nurul, Nurul dapat pembiayaan yang bukan bawah program SPC (Skim PElajar Cemerlang) but instead program pinjaman boleh ubah, bayar ikut result kte la, lagi bagus lagi kurang
- Dalam surat perjanjian takde mentioned specifically peratusan pembayaran semula, very general, takde lak cakap macam first class biasiswa, 2nd class 10%..no!
- But based on cakap2 orang, very least bayar 10% from total pembiayaan which is basically ok :-)
- Seingat Nurul lagi, permohonan ada tempohnya, kalau lebih dari tempoh permohonan contoh setahun selepas tamat pengajian, tak dapat mohon & kena bayar gak full installment
Anyway, dipendekkan cerita :-
- Between Julai 2015 (habis study) and Julai 2016, Nurul ada pergi pejabat MARA kat Shah Alam nak buat permohonan pengurangan tapi tak boleh sebab nama belum ada dalam sistem. Sebab ingatkan kena wat permohonan dalam tempoh setahun pas habis study as I nak avoid bayar penuh which will take longgg time to settle.
- Graduate on May 2016 as a Second Class Upper Graduate..okay la
- Julai 2016 Nurul dapat emel dari MARA pasal status pembayaran semula Nurul. No akaun semua betul & alhamdulillah jumlah tertunggak still RM0.00
- Apa lagi Nurul call pejabat MARA confirmkan my status (tak ingat sape yang Nurul tepon)
- Pegawai tu kata nama Nurul dah ada dalam sistem but akan mulakan pembayaran semula on Oktober 2016.
- Dia tanya Nurul tak dapat jadual bayaran semula ke & Nurul cakap Nurul tak terima.
- Papepun pegawai tu cakap dapat or tak jadual tu, Nurul kena mula bayar bermula Oktober 2016 (sebolehnya awal bulan). Dia bagitau jumlah yang perlu bayar semula tiap bulan berapa.
Nurul mohon pengurangan pada OGOS 2016...
- Di e-conversion mara (Nurul google je) pas siap isi & sent, terus Nurul cetak hard copy. Well boleh gak nak download borang pdf online then isi manually or isi borang yang ada kat pejabat MARA tu
- Buat salinan dan sahkan (sila rujuk website/borang permohonan ye) :-
- Kad pengenalan pelajar
- Sijil Ijazah and/or Diploma (program yang dibiaya MARA)
- Transkrip rasmi
- Nurul bawa salinan yang dah disahkan tu bersama borang yang dah dicetak ke pejabat, Boleh gak nak pos ke unit kawalan kredit HQ MARA but I can't truly trust mail plus Nurul nak bersoal jawab dengan pegawai MARA senang.
- Selepas serahkan dokumen2 tu sume, Nurul minta jadual bayaran semula sebab tak dapat by post (see my point, I can't truly trust mail)
- Pegawai MARA cakap pas 6 bulan baru tau keputusan so sementara tunggu keputusan, Nurul kena wat pembayaran macam biasa
- Dia jugak cakap boleh wat permohonan bila2, cuma keputusan tu yang amik masa (seingat Nurul ye, kalau salah maaf)
- Pengurangan bukan bermaksud amaun yang perlu dibayar tiap bulan berkurangan tapi tempoh bayar semula tu yang dipendekkan
- Contoh bayar RM100 untuk jumlah RM40000 amik masa 400 bulan untuk selesai
- Dengan pengurangan, mungkin Nurul cuma perlu bayar 10% so jumlah RM4000
- Tempoh bayar semula hanya 40 bulan tapi bayar bulan2 masih RM100
Alhamdulillah lebih kurang 6 bulan selepas permohonan, pada bulan Februari 2017, Nurul dapat surat keputusan permohonan Nurul. Alangkah terkejutnya Nurul tengok cuma kena bayar 1%?! Nurul pun amik keputusan untuk ke pejabat MARA to double confirm. My total hutang RM 42,520. Now I just need to pay RM425.20. Sape tak terkejut?! I already made payment dalam RM400 so cuma tinggal RM25.20. For you guys punya information, kalau terlebih bayar tidak akan dipulangkan.
Awal bulan Mac 2017, Nurul pergi pejabat MARA unit kawalan kredit. Dah pindah from Tingkat 3 to Tingkat 2, kongsi pejabat dengan Unit Penganjuran Pelajaran MARA, naik escalator je.
Pegawai yang bertugas tengok sistem dan surat Nurul berkali2 dan bertanya orang sebelah. Akhirnya pegawai yang lebih senior cuba melihat sistem. Senior tersebut menerangkan memang benar Nurul cuma perlu bayar 1% walaupun sistem default 10% coz Nurul dan rakan2 di bawah program SPC. Walaupun Nurul agak kompius but alhamdulillah cuma perlu bayar RM25.20 je lagi. Nurul settlekan terus masa tu. Pegawai tersebut cakap sebulan pas bayar baru dapat surat langsai pembayaran semula.
So that's my experience. Takde niat nak berbangga or berlagak dengan jumlah bayaran semula tersebut, cuma sekadar berkongsi pengalaman memohon pengurangan pinjaman MARA kepada semua yang membaca. Nurul sangat bersyukur kepada ALLAH yang memberi rezeki dan berterima kasih pada pihak MARA kerana sudi meluluskan permohonan Nurul.
Sekian, terima kasih kerana membaca.
Yang benar
NURUL